PENYANYI Krisdayanti mendedahkan pernah menerima bayaran sebanyak Rp15,000 (RM4) untuk satu persembahan ketika di awal kemunculannya dalam industri muzik suatu ketika dahulu. Krisdayanti berkata, meskipun bayaran tersebut diterima ketika mengadakan persembahan di Pasar Baru, Jakarta Utara pada 1984 itu tidak setimpal namun dia tetap menerimanya. Kata penyanyi lagu Menghitung Hari ini, bayaran diberikan tidak mematahkan semangatnya untuk mencipta nama dan penghinaan itu ternyata berbaloi. Kris Dayanti tak putus asa dibayar murah. "Itu kisah lama, pertama kali menyanyi saya hanya dibayar Rp15,000 tetapi saya tetap teruskan sehinggalah tawaran diberikan mencecah Rp2 juta (RM600) atau Rp7 juta (RM2,400)," katanya seperti dilaporkan Detik Hot. Pun begitu, Krisdayanti berkata, dia tetap bersyukur dengan bayaran diterima kerana ia membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk membuktikan diri sehingga mengecap kejayaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kris Dayanti dan Noryn Aziz kongsi pentas dalam konsert Duo Diva ARTIKEL BERKAITAN: Raul Lemos Bengang Instagram Kris Dayanti Digodam Katanya, di Indonesia penyanyi boleh meletakkan harga yang tinggi sekiranya lagu nyanyian mereka mendapat sambutan pendengar. "Kalau dulu, lagu hit boleh terus naikkan harga bayaran yang tinggi tapi saya pilih menawarkan harga berpatutan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!