suria

Cincin kahwin Lily Collins lesap ketika ke spa, polis tak jumpa tanda loker kena pecah 

Polis masih menyiasat tentang kehilangan cincin Lily.

PELAKON Lily Collins berputih mata apabila cincin pertunangan dan perkahwinan miliknya hilang ketika sedang melakukan rawatan spa di sebuah hotel di West Hollywood.

TMZ melaporkan aktres berkenaan menanggalkan dua cincin tersebut dan disimpan di dalam loker sebelum memulakan sesi perawatan di spa berkenaan.

Tak cukup dengan itu, barang elektronik miliknya juga lesap.

345947643_608018011289662_6191445083707380947_n

Cincin Lily yang hilang dicuri.

Susulan kejadian itu, Lily terpaksa menanggung kerugian sebanyak AS$10,000 (RM45,000) disebabkan kejadian tersebut.

Sementara itu, Timbalan Syerif Daerah Los Angeles memberitahu bahawa pihaknya masih menyiasat mengenai insiden itu dan masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Timang anak ketujuh, Robert De Niro akui tak mudah jadi bapa di usia 79 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan keluar jenama pakaian sendiri, sehelai jaket dijual RM10,000

Malah pihak polis berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda pecah masuk di tempat penyimpanan barang.

"Cincin perkahwinan mempunyai nilai sentimental. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain