suria

Timang anak ketujuh, Robert De Niro akui tak mudah jadi bapa di usia 79 tahun

De Niro sahkan maru sambut anak ketujuh.

PELAKON legenda Robert De Niro baru sahaja menyambut kelahiran anak ketujuh pada usia 79 tahun.

Tidak mendedahkan secara terperinci tentang bayi tersebut, De Niro sebelum ini memaklumkan perkara itu dalam satu temu bual ketika mempromosikan filem terbaharunya berjudul About My Father.

Ketika sesi tersebut, De Nero membetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh hos program tersebut tentang pengalaman menjaga enam orang anak sebelum ini.

"Tujuh sebenarnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan keluar jenama pakaian sendiri, sehelai jaket dijual RM10,000

Memetik laporan Page Six, wakil kepada De Nero mengesahkan hal tersebut namun tidak memberitahu jantina bayi berkenaan.

Sementara itu, aktor berkenaan juga memberitahu ia bukanlah sesuatu yang mudah apabila sekali lagi menyambut kelahiran anak kecil pada usia sebegini.

"Ia bukanlah mudah, namun saya tidak rasa sebarang masalah," ujarnya ketika malam tayangan filem tersebut di New York.

robert de niro 2

De Niro bersama kekasihnya Tiffany.

Bayi tersebut dikatakan anak hasil hubungan dia bersama kekasihnya iaitu Tiffany Chen selepas mereka berdua mula rapat sejak 2021.

De Niro mempunyai dua orang anak hasil berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Diahnna Abbot.

Dia juga memiliki sepasang anak kembar lelaki bersama bekas kekasihnya iaitu seorang model bernama Toukie Smith.

Selain itu hasil perkahwinan kedua bersama Grace Hightower, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain