suria

Buat video cabaran TikTok, Lee Seung Hoon mengaku hutang Lisa Blackpink RM6.7 juta

Lisa dan Seunghoon dikenali sebagai rakan baik dalam kalangan peminat dan selebriti lain.

ANGGOTA kumpulan Winner iaitu Lee Seung Hoon mengakui masih berhutang dengan Lisa Blackpink sebanyak KRW2 bilion atau RM6.7 juta.

Koreaboo melaporkan Seung Hoon membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program Girls Night Out selepas salah seorang tetamunya, penyanyi Jo Hyunah memberitahu menyimpan rahsia penyanyi berkenaan.

Jo Hyunah berbisik kepada seorang lagi tetamu penyanyi dan pelakon Jang Do Yeon tentang perkara itu.

Jo Hyunah (kiri) bersama Jang Do Yeon (kanan) sedang berbisik.

"Aku tahu rahsia Seung Hoon, boleh tak kalau saya cakap?

"Dia berhutang dengan Lisa sebanyak KRW2 bilion ketika merakamkan video cabaran TikTok beberapa tahun lalu namun masih belum membayar hutang tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink beli kediaman mewah bernilai RM26 juta secara tunai

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor ‘Start Up’ Nam Joo Hyuk sertai latihan tentera Mac ini, diletakkan dalam pasukan polis

Dalam pada itu, Seung Hoon menjelaskan Blackpink adalah selebriti terkenal dunia dan apa sahaja harga yang diminta mereka akan mendapatkannya.

Mendengar jawapan itu, Jo Hyunah meminta Seung Hoon menjual barang peribadinya bagi melangsaikan hutang tersebut.

Tahun lalu, Lisa menerusi siaran langsung di media sosial miliknya pernah secara berjenaka meminta Seung Hoon membayar hutang tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain