suria

Atta Halilintar menggigil gembira Aurel hamil anak kedua, tak percaya Ameena bakal dapat adik

Atta dan Aurel bakal timang cahaya mata kedua.

PERSONALITI media sosial, Atta Halilintar dan isterinya iaitu Aurel Hermansyah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 29, memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Kata Atta, dia seakan tidak percaya anaknya Ameena bakal mempunyai adik dan memohon doa peminat agar bayi dalam kandungan isterinya itu membesar sihat.

atta1 - 1

Aurel dan Atta menunjukkan keputusan positif ujian kehamilan.

"Mengigil.. Ameena bakal mempunyai adik. Alhamdulillah ya Allah dari berdua jadi bertiga dan sekarang akan jadi berempat.

"Doakan ibu dan bayinya sihat terus ya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Ulang tahun pertama anak Atta Halilintar dan Aurel disiarkan di TV, peminat boleh tonton secara langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bengang netizen sindir badan isteri semakin berisi... anggap seolah-olah hina ibu sendiri

Sementara itu, menerusi video di saluran YouTube mereka, anak kepada penyanyi Krisdayanti itu melakukan ujian kehamilan pada Jumaat.

Aurel meluahkan rasa syukur ketika kit ujian kehamilan itu menunjukkan tanda positif.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Saya gembira sangat tetapi macam sedang bermimpi," ujarnya.

Aurel kemudiannya memberikan kejutan itu kepada Atta yang sedang mengasuh Ameena dan apabila melihat hasil positif, Atta mengucapkan syukur serta memberi kucupan buat isterinya itu.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain