KETIKA sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga, isteri penyanyi Virgoun iaitu Ina Idol Rusli berdepan tindakan undang-undang atas dakwaan penyebaran fitnah terhadap wanita yang dikaitkan curang dengan suaminya. Peguam yang mewakili Austina Tenri Ajeng Anis berkata, anak guamnya juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan dilemparkan Ina atau Inara bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar. Tenri juga mendesak Inara dan Virgoun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. Virgoun mengaku curang sebelum memfailkan cerai. "Berkaitan pencemaran nama baik, kami bersama anak guam membuat laporan polis berhubung tindakan fitnah di media sosial," kata peguam yang mewakili Tenri. Sementara itu, Virgoun juga dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Inara pada Khamis lalu dan mahu menyelesaikan isu rumah tangga mereka dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun fail cerai sebab marah, isteri pula mahu pertahan rumah tangga Pun begitu, Inara pula masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka dan berharap Virgoun bertaubat atas segala perbuatannya sebelum ini. Sebelum ini Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu dengan Tenri. Tidak cukup itu, Inara mendakwa suaminya itu melakukan zina sehingga sanggup membayar beberapa wanita bagi mendapatkan khidmat seks. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!