PENYANYI G-Dragon menghadiahkan sepasang kasut yang ditempah khas untuk anak suadaranya yang berusia setahun.
Kasut berkenaan merupakan koleksi khas kolaborasi G-Dragon bersama Nike iaitu Kwodo 1 Panda dan ia dihasilkan secara eksklusif untuk anak buah kesayangannya itu.
Bayi bernama Eden itu adalah anak abang iparnya yang juga pelakon Kim Min Joon.
Perkongsian yang dibuat oleh kakak G-Dragon di Instastory.
Kakak kepada G-Dragon turut berkongsi foto hadiah tersebut selain gambar dia meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau bahaya, Jessi sanggup panjat ‘bodyguard’ semata-mata nak peluk peminat
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar tuntutan gaji, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan
"Satu-satunya sepasang kasut buat Eden yang dibuat oleh bapa saudaranya," tulisnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!