suria

Anak Shah Rukh Khan keluar jenama pakaian sendiri, sehelai jaket dijual RM10,000

Shah Rukh Khan beri respon tentang jenama pakaian Aryan.

BINTANG terkenal Bollywood Shah Rukh Khan diserang netizen selepas mendakwa jenama pakaian milik anaknya iaitu Aryan Khan didakwa terlalu mahal.

Salah seorang peminat aktor itu membangkitkan isu harga pakaian jenama berkenaan, D'Yavol X di Twitter miliknya sebagai tidak masuk akal dan meminta aktor itu masuk campur dan menurunkan caj dikenakan agar lebih ramai dapat membelinya.

"Bolehkah kalau harganya dikurangkan 1,000 ke 2,000 Rupee (RM50-RM100). Saya terpaksa jual rumah untuk membelinya," tulis pengguna Twitter itu dalam ciapannya.

Tidak berdiam diri dengan kritikan itu, Shah Rukh membalas ciapan tersebut dan memberitahu akan cuba melakukan sesuatu atas aduan mengenai harga jenama pakaian anaknya.

srk1 - 1

Shah Rukh turut membintangi dalam iklan jenama pakaian Aryan.

Bagaimanapun kata Shah Rukh, sebagai bapa dia sendiri tidak diberikan diskaun dan terpaksa membeli dengan harga penuh sebagai sokongan kepada Aryan.

"Saya pun tak dapat diskaun... tidak mengapa, saya akan cuba buat sesuatu," balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan buka bisnes minuman keras, netizen kecam seolah-olah tidak hormati bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Dua peminat ditahan polis, cubaan ceroboh banglo mewah Shah Rukh Khan gagal

Sementara itu, menerusi hantaran di sebuah Instagram bekaitan fesyen iaitu Diet Sabya, ia mendedahkan baju kemeja T dengan cetakan dijual pada harga 24,400 Indian Rupee atau sekitar RM1,320.

Manakala hoodie berwarna hitam berharga 45,500 Indian Rupee (RM2,470) manakala jaket dijual sekitar harga 2 lakh Indian Rupee atau RM10,800.

Untuk rekod, Aryan melancarkan D'Yavol X pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain