suria

Hasil jual rumah di Amerika RM4.8 juta, Amber Heard pindah ke Sepanyol

Amber pindah ke Sepanyol bersama anak perempuannya.

SEJAK kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya Johnny Depp sebelum ini, pelakon Amber Heard dilihat mula menjauhkan diri daripada kehidupan glamour Hollywood.

Terbaharu, Amber dilaporkan sudah berhijrah ke Madrid, Sepanyol bersama anak perempuannya, Oonagh Paige dan tidak akan kembali ke Amerika Syarikat buat masa ini.

Amber dikatakan gembira dapat membesarkan anaknya jauh dalam suasana normal tanpa perlu bimbang dikejar paparazi setiap masa.

amber - 1

Amber membawa diri ke Sepanyol.

Pelakon filem Aquaman itu juga dilaporkan sudah menjual kediaman mewahnya di Lembah Yucca, California dengan harga AS$1.1 juta (RM4.8 juta).

Oktober tahun lalu, pelakon itu dilihat banyak menghabiskan masa di Sepanyol terutamanya di Palma de Mallorca.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard dikesan menyorok di Sepanyol selepas kalah kes saman Johnny Depp

ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard, dapat ganti rugi RM45 juta

Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain