suria

Mahkamah dapati ‘Thinking Out Loud’ tak ciplak lagu Marvin Gaye, Ed Sheeran tarik balik keputusan bersara

Ed Sheeran gembira selepas keputusan diumumkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

MAHKAMAH Persekutuan Manhattan, Amerika Syarikat mendapati penyanyi dan komposer Ed Sheeran tidak bersalah atas dakwaan plagiarisme atau pelanggaran hak cipta untuk lagunya berjudul Thinking Out Loud.

Ia berikutan Ed didakwa menyadur sebahagian melodi lagu nyanyian penyanyi legenda Marvin Gaye berjudul Let's Get It On tanpa kebenaran.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah itu, Ed berkata dia gembira keputusan berpihak kepadanya dan menarik balik keputusannya untuk bersara sebagai penyanyi.

283317523_1147675759356860_342785206009943606_n

Ed Sheeran tak jadi undur diri dari dunia hiburan.

"Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan nampaknya saya tidak perlu bersara.

"Tetapi rasa kecewa tetap ada apabila dituduh menciplak karya orang lain sehingga kes di bawa ke mahkamah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran kemurungan dapat tahu isteri hidap tumor, tulis lagu sebagai terapi

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran teruja timang anak kedua, rahsiakan tarikh lahir

Selain Marvin, lagu Let's Get It On mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik Ed Townsend yang dikeluarkan pada 1973.

Ed bersama syarikat rakamannya iaitu Warner Music Group dan Sony Music Publishing disaman oleh tiga waris Ed Townsend.

Penyanyi asal United Kingdom itu pernah berazam mengundurkan diri sekiranya dia didapati bersalah menciplak lagu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain