suria

Virgoun fail cerai sebab marah, isteri pula mahu pertahan rumah tangga

Kemelut rumah tangga Virgoun masih berterusan.

ISTERI kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli menyifatkan permohonan cerai yang dibuat suaminya itu di Pejabat Agama Jakarta Barat pada Khamis lalu disebabkan perasaan marah.

Inara atau nama sebenarnya Ina Idol Rusli bagaimanapun tidak menjelaskan tentang punca kemarahan penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu sehingga menyebabkan dia memfailkan penceraian.

Bagaimanapun keputusan itu dikatakan dibuat Virgoun kerana berang dengan pelbagai pendedahan dilakukannya kepada media.

"Ya salah satu sebab dia adalah kerana dia marah.

inara1 - 1

Inara mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Virgoun.

"Kalau mengikut perhatian saya, pernikahan itu kan bukan hanya cinta tetapi lebih kepada tanggungjawab," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Berbeza dengan Virgoun yang berkeras untuk berpisah, Inara pula berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dimalukan isteri, Virgoun mahu fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan anti poligami, 2 tahun dimanipulasi Virgoun punca isteri dedah aib kepada umum

"Saya mempertahankan kerana ibadah. Sebelum viral pun saya sudah berusaha minta bantuan daripada beberapa pihak tetapi hanya menemui jalan buntu," ujarnya.

Pada 27 April, Inara mendedahkan Virgoun telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

inara2 - 1

Virgoun didakwa berlaku curang.

Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Virgoun sebelum ini pernah membuat perjanjian secara bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun telah melanggar perjanjian dibuat.

Penyanyi itu didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta isterinya melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan selain melakukan penderaan domestik terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain