suria

Sudah bertunang dengan Mahalini, Rizky Febian mahu berkahwin atas niat ibadah

Rizky dan Mahalini sudah bertunang.

BINTANG Indonesia Rizky Febian akhirnya mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga penyanyi Mahalini Raharja di The Langham, Jakarta, Indonesia pada Ahad.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram RFAS Music iaitu label muzik milik penyanyi lagu Hingga Tua Bersama berkenaan.

Majlis pertunangan tersebut disaksikan oleh 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

rizky1 - 1

Rizky melutut melamar Mahalini.

Pasangan itu mengenakan busana batik Indonesia warna sedondon.

Dalam foto berkenaan, Rizky dilihat melutut menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Mahalini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule enggan campur urusan cinta Rizky Febian dan Mahalini, tidak boleh halang walau beza agama

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nafi Rizky Febian sudah bertunang dengan kekasih beza agama... Beri cincin hanya tanda sedang bercinta

Dalam pada itu, Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25, berkata, niatnya untuk mengikat hubungan cinta mereka dengan tujuan yang baik kerana ibadah.

Rizky bagaimanapun mengakui dirinya masih banyak kekurangan dan berharap dapat memperbaiki diri bersama bakal isterinya itu.

"Tidak ada banyak kata yang saya boleh ungkapkan disini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi individu yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang tulus.

rizky2 - 1

Pasangan ini menjalin hubungan cinta setahun yang lalu.

"Mungkin saya tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya memperbaiki bersama dengan Mahalini. Terima kasih," katanya.

Untuk rekod, Rizky dikatakan mula bercinta dengan Mahalini pada 7 Februari dan hubungan cinta mereka dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga biarpun menganuti agama yang berlainan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain