PENYANYI Ari Lasso mendedahkan gaya hidupnya kini berubah selepas disahkan menghidap kanser limfoma beberapa tahun lalu. Kara Ari atau Ari Bernardus Lasso, 50, meskipun sudah sembuh sepenuhnya namun dia masih menjaga pemakanan dan tidak lagi mengambil minuman berkalkohol. "Kehidupan saya berubah sepenuhnya. Saya tidak lagi ambil minuman beralkohol, minum kopi, makan pedas atau makanan bergoreng. ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ‘birthday’ bersama keluarga selepas 2 tahun di hospital, Ari Lasso ajak peminat menderma untuk pesakit kanser "Kebanyakan makanan yang saya ambil adalah rebusan sahaja. Sampai sekarang saya amalkan eating clean. Maka wajah saya pun nampak bersih," katanya seperti yang dipetik dari Suara. Pada September 2021 bekas vokalis Dewa 19 ini mengejutkan ramai peminat dengan pendedahan dirinya menghidap kanser limfona tahap dua. Ari sebelum mendedahkan dia menghidap kanser limfoma. Dia menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan termasuk di Singapura sebelum disahkan pulih sepenuhnya pada Februari tahun lalu. Ari kini sedang sibuk dengan persiapan mengadakan konsert jelajah di empat daerah di Indonesia sempena 30 tahun penglibatannya dalam industri muzik. Istimewa dalam persembahannya nanti, Ari mendapat keizinan Ahmad Dhani menyanyikan lagu-lagu Dewa 19 yang pernah dibawakan sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!