suria

Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

V dan Jennie dilihat bersiar-siar di Paris.

SEORANG jurugambar dikenali sebagai Amar Taoualit berjaya merakamkan video memperlihatkan anggota kumpulan BTS iaitu V dan Jennie Blackpink sedang bersiar-siar sambil berpegangan tangan di Seine, Paris.

Allkpop melaporkan video yang berjaya dirakam membuktikan kedua-dua selebriti popular itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Meskipun wajah mereka tidak jelas namun seorang peminat mendakwa pasangan itu turut ditemani pengurus Jennie iaiu Alison yang berada berhampiran mereka.

v - 1

Aksi V dan Jennie berjaya dirakam jurufoto.

"Pada penghujung video itu kelihatan pengurus yang berjalan dibelakang mereka. Saya nampak Alison di sana," katanya.

Rata-rata meluahkan rasa gembira dengan perkara itu dan berharap peminat menerima kenyataan sekiranya pasangan itu benar-benar bercinta.

"Mereka menunjukkan kebenaran... kita semua kena terima sebab kita hanya peminat. Jika berkaitan dengan kehidupan peribadi, jangan masuk campur.

ARTIKEL BERKAITAN: YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: V (BTS) kena kecam gara-gara meluru masuk kereta tanpa tegur peminat

"Biarkan mereka gembira dan sebagai peminat doakan kebahagiaan mereka. Mereka layak untuk dicintai," tulis netizen.

Mei tahun lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai GurumiHaribo menyebarkan foto V dan Jennie yang sedang berdua-duaan di Pulau Jeju.

Salah satu foto yang tersebar memperlihatkan V mencium bahagian dahi Jennie.

Syarikat pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan khabar angin itu namun mengambil tindakan terhadap si pelaku menyebarkan foto peribadi Jennie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain