KETIKA kemelut rumah tangga masih belum berkesudahan, isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab atau purdah. Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis, Inara kembali melepaskan bahagian yang menutupi separuh muka itu atas alasan supaya dapat kembali bekerja. Kata Inara, 30, yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Bexxa, keputusan tersebut dibuat demi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun fail cerai sebab marah, isteri pula mahu pertahan rumah tangga "Terus-terang saya mengalami pergolakan rumah tangga yang amat dahsyat. Walau apa pun yang berlaku saya tetap akan berjuang demi anak-anak. "Sekarang saya mahu hidup sendiri dan bekerja demi anak-anak. Aku harus membuka niqab," katanya. Dia sebelum itu telah mendapatkan pandangan beberapa orang yang arif dalam bidang agama tentang hal tersebut. Virgoun memfailakn cerai terhadap Inara pada awal April lalu. Tambah Inara dia juga tidak pernah ambil peduli dengan kecaman yang bakal diterima susulan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam dunia seni. "Semoga netizen tidak buruk sangka kerana saya berjuang demi anak-anak. Jika dibuli netizen juga tiada erti buat saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!