suria

Pelakon Avengers Jeremy Renner joging walau kaki patah, kesakitan bantu rasa lebih sihat

Jeremy anggap kesakitan akan menyembuhkan dirinya.

SELEPAS empat bulan terbaring akibat mengalami cedera parah digilis mesin bajak salji di kediamannya, pelakon Jeremy Renner kini sudah mula kembali aktif dengan bersenam.

Los Angeles Times melaporkan Jeremy dilihat berjoging di atas treadmill di rumahnya meskipun kakinya yang patah masih belum sembuh.

Kata pelakon filem Avengers itu, rasa sakit dirasai ketika berjoging membantunya untuk rasa lebih sihat.

Jeremy 1

Jeremy kembali bersenam walaupun belum sembuh.

"Rasa sakit itu adalah perkembangan bagi saya," katanya di Instagram.

Jeremy turut berkongsi rutin proses pemulihannya sejak kemalangan itu dan memberitahu sudah mampu berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda..

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner patah 30 tulang akibat digilis mesin bajak salji

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner kritikal akibat kemalangan ketika bersih salji tebal

"Ini adalah aktiviti baru buat saya. Gerakan yang saya tidak biasa... berjalan dan joging juga rasanya berbeza," kongsinya.

Pada Januari lalu, Jeremy dilaporkan patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat.

Disebabkan insiden itu, dia telah dimasukkan ke wad selama dua minggu gara-gara kenderaan seberat enam tan itu melanggarnya ketika dia sedang membersihkan salji di hadapan kediamannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain