suria

Dua Lipa tampil di karpet merah bersama bekas kekasih Rita Ora, bercumbu depan media sahkan hubungan

Dua Lipa bercinta dengan pengarah filem sejak dua bulan lalu.

PENYANYI Dua Lipa membuat kejutan apabila tampil bersama pengarah filem iaitu Romain Gavras di Festival Filem Cannes sambil berpegangan tangan.

The Mirror melaporkan penyanyi berusia 27 tahun itu tampil bersama Romain di karpet merah acara itu bagi menemaninya ketika tayangan perdana filem terbaharu arahannya berjudul Omar La Fraise (The King of Algiers).

Dua yang mengenakan gaun hitam dengan potongan terbuka di bahagian bahu turut tidak teragak-agak mempamerkan kemesraan bersama Romain di hadapan ratusan media yang membuat liputan.

D2

Dua Lipa dan kekasih selesa bermesra depan media.

Malah mereka turut bercumbuan di hadapan lensa kamera sebagai cara mengesahkan hubungan mereka yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Sebelum ini, Romain dan Dua dilihat menghadiri Minggu Fesyen Paris sambil berpegangan tangan dan ramai mula membuat spekulasi pasangan itu sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan baharu dengan penyanyi rap... Dua Lipa dah jumpa pengganti selepas putus Travis Noah

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa dan Trevor Noah makan malam bersama... siap berpeluk mesra macam pasangan bercinta

Untuk rekod, Romain pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Rita Ora namun mereka berpisah pada Mac 2021.

Manakala Dua pula pernah dikaitkan dengan adik kepada supermodel Gigi Hadid iaitu Anwar Hadid namun hubungan itu juga berakhir dengan perpisahan dua tahun lalu.

Penyanyi itu kemudiannya dikhabarkan menemui cinta dengan pengacara dan pelawak Trevor Noah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain