suria

Peminat tak keruan tengok Hyunjae tayang ‘six pack’ semasa konsert, kecoh sampai trending di Twitter

Hyunjae mendapat perhatian ramai selepas menayangkan susuk tubuhnya.

ANGGOTA kumpulan The Boyz iaitu Hyunjae mendapat perhatian ramai apabila penyanyi itu membuka baju ketika membuat persembahan di Seoul, Korea Selatan pada Ahad.

Memetik laporan Allkpop, Hyunjae yang sedang menyanyikan lagu Thrill Ride bukan sahaja menayangkan susuk tubuhnya kepada penonton yang hadir, malah turut disaksikan peminat di seluruh dunia yang menonton secara langsung menerusi penstriman Beyond Live.

hyunjaee - 1

Peminat tidak keruan melihat Hyunjae membuka baju.

Situasi itu menimbulkan kekecohan apabila Hyunjae atau nama sebenarnya Lee Jae Hyun menjadi trending di Twitter apabila peminat mula memperkatakan tentang six pack milik penyanyi itu.

Foto Hyunjae juga tersebar di platform komuniti dalam talian Korea dengan poster bersama kapsyen yang bertulis 'Hyunjae menyebabkan kekecohan dan menjadi trending di Twitter selepas mendedahkan absnya semasa konsert semalam'.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah ajak tidur sama sebab mahu lihat aksi klimaks, Jane Fonda pura-pura tak faham bahasa Perancis

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat tentera bakal berdepan tindakan, tinggalkan unit tanpa kebenaran kerana mahu beri suntikan vaksin kepada Jin BTS

Rata-rata peminat memberikan respon terhadap foto tular itu dan memohon agar Hyunjae berhenti untuk menggoda mereka.

"Saya bukan peminat k-pop tetapi mulai hari ini saya akan menjadi peminat Hyunjae.

"Berhenti menggoda saya Lee Jae Hyun.

"Jangan tengok badan putera (panggilan Hyunjae) ini, dia gila semalam," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain