suria

Pengarah ajak tidur sama sebab mahu lihat aksi klimaks, Jane Fonda pura-pura tak faham bahasa Perancis

Fonda terbuka mendedahkan kisah lama ketika di lokasi penggambaran.

PELAKON veteran Hollywood iaitu Jade Fonda mendedahkan pengarah tersohor iaitu mendiang Rene Clement pernah mengajaknya berasmara ketika terlibat dalam filem arahannya.

Fonda, 85, berkata, pengarah itu cuba memperdayakan dia sebelum melakukan babak intim dalam filem diarahkan Rene.

Bercerita tentang perkara tersebut, Fonda menjelaskan tujuan Rene berbuat demikian kerana ingin melihat cara dia klimaks ketika melakukan hubungan seks dalam babak berkenaan.

Fonda berjaya menolak permintaan Clement.

"Dia mahu saya tidur bersamanya kerana karakter yang saya lakonkan ada babak klimaks ketika melakukan hubungan seks.

"Jadi dia mahu lihat bagaimana reaksi saya ketika klimaks," katanya.

Fonda mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Andy Cohen bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Book Club: The Next Chapter.

ARTIKEL BERKAITAN: Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani... peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy

Meskipun tidak menyebut tahun dan filem berkenaan, namun umum mengetahui Fonda berlakon dibawah arahan Rene dalam karya berjudul The Love Cage sekitar 1964.

Tambah Fonda dia bagaimanapun menolak pelawaan itu dan menganggap seperti tidak faham akan permintaan pengarah asal Perancis itu.

“Dia bercakap dalam bahasa Perancis dan saya berpura-pura tidak faham,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain