ISTERI kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli mendedahkan terpaksa bersolek walaupun ketika berada di rumah dan memakai purdah.Kata Inara, dia berbuat demikian kerana pernah ditegur suaminya tentang soal penampilan sehingga menimbulkan rasa kurang yakin pada diri sendiri. Kata Inara, disebabkan sering berdandan, anak perempuannya iaitu Starla menggelarnya sebagai anggota kumpulan Blackpink.Inara berdandan walaupun berada di rumah.“Kerana kejadian itu (ditegur Virgoun) saya jadi kurang keyakinan diri. Dia juga bercakap tentang fizikal saya.“Walaupun di rumah saya tetap berdandan. Anak saya katakan baju yang dipakai di rumah seperti Blackpink,” katanya.Pendedahan itu membuatkan ramai yang mengkritik Virgoun sebagai seorang lelaki yang tidak bersyukur kerana masih mempertikaikan kejelitaan isterinya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Virgoun buka purdah, alasan mahu bekerja persediaan sebelum jadi jandaARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelakor’ mahu saman isteri Virgoun, dakwa buat fitnah di media sosialDalam satu temu bual lain sebelum ini, Inara memberitahu Virgoun juga pernah mendesak supaya dia tidak lagi memakai purdah.Inara bagaimanapun baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan purdah atas alasan mahu kembali bekerja selepas bergelar janda.Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara pada 4 Mei lalu selepas dia didakwa bersikap curang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!