suria

Kantoi pakai seluar dalam Cailv Kenli, Mu Ziyang kena cerca dengan peminat

Mu Ziyang guna seluar dalam jenama tiruan.

NAMA Mu Ziyang tiba-tiba menjadi perhatian ramai hanya gara-gara penyanyi itu 'kantoi' memakai seluar dalam jenama tiruan ketika membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, jenama seluar dalam dipakai Ziyang terselak ketika dia mengangkat tangan dan jelas kelihatan tulisan Cailv Kenli yang mirip dengan jenama terkenal Calvin Klein.

Insiden itu kecoh dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat yang mendakwa Ziyang tidak mampu membeli seluar dalam jenama asli.

Mu2

Seluar dalam Mu Ziyang jadi bualan.

Malah mereka turut mereka tanda pagar khas buat penyanyi itu bagi menyebarkan video tersebut.

"Dia tak mampu nak beli yang asli ke sampai pakai yang palsu?

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam penangan Matty Healy, Taylor Swift pertama kali rasa bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

"Memalukan! Dia patut buang semua seluar dalam itu," kata netizen.

Selepas teruk dikecam netizen, Mu Ziyang tampil dengan meminta agar peminatnya berhenti mengecam dirinya.

"Apa yang harus aku lakukan dengan seluar-seluar dalam itu? Terus memakainya? Sebab aku dah beli banyak dan saya tak boleh membuangnya.

Bagaimanapun penjelasan tersebut membuatkan semakin ramai netizen terus menerus menyerang Mu Ziyang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain