suria

Ratu ‘Rock and Roll’ Tina Turner meninggal dunia

Tina turner meninggal dunia di Switzerland.

PENYANYI legenda Tina Turner dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Küsnacht, Switzerland pada usia 83 tahun.

Pengurusnya, Bernard Doherty memaklumkan kematian Tina namun tidak mendedahkan punca kematian penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun beberapa tahun lalu, mendiang dilaporkan diserang penyakit angin ahmar selain menderita masalah buah pinggang dan beberapa penyakit kronik lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi pakai seluar dalam Cailv Kenli, Mu Ziyang kena cerca dengan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai purdah tapi bersolek macam Blackpink, isteri dedah Virgoun pernah tegur soal penampilan

Digelar sebagai ratu Rock and Roll, Tina memulakan karier seninya pada 1960 ketika masih bersekolah dan menyanyi bersama Ike Turner dan kumpulan King of Rhythm.

Gandingan Tina bersama Ike yang juga merupakan bekas suaminya cukup sinonim ketika itu selain banyak mengadakan persembahan bersama sebelum penyanyi itu tampil secara solo.

Tina juga popular menerusi lagu What’s Love Got to Do With It yang turut memenangi tiga trofi Anugerah Grammy pada 1985.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain