PENYANYI Britney Spears menafikan dakwaan dan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya berdepan masalah kesihatan mental. Kata Britney, 42, terlalu banyak yang menyebarkan cerita tidak benar tentang dirinya sedangkan dia juga manusia biasa berhak menjalani kehidupan normal "Saya tidak pasti kenapa ramai yang cuba menyebarkan sifat negatif. Saya bercakap kepada mereka yang bercakap perkara tidak benar. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat... “Melampau! Privasi saya diceroboh” "Saya mula rasa muak dengan tindakan yang mengatakan saya tidak sihat. Saya gembira menjalani kehidupan harian dan boleh menjaga diri sendiri," katanya. Britney meluahkan perkara tersebut melalui perkongsian di laman Instagram miliknya. Tambah penyanyi lagu Toxic ini, dia juga mempunyai kehidupan peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum meskipun memegang status sebagai seorang selebriti. Britney menjaga privasi dan tidak berkongsi masalah peribadi. "Saya bukan manusia sempurna. Tidak perlu tunjukkan air mata kerana ia bukan urusan anda. "Semua orang ada ruang privasi sendiri di rumah dan sebab itu ia dipanggil privasi. Saya lebih suka menyimpan detik yang bermakna buat diri sendiri. "Tidak perlu saya kongsikan kepada dunia atau media siapa yang pernah menyakiti saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!