suria

Mahkamah tolak permohonan reman, peminat lempar air kopi ke arah Yoo Ah In

Seorang peminat membaling botol air kopi ke arah Yoo Ah In.

PELAKON Yoo Ah In diserang peminat susulan Mahkamah Seoul menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman aktor berkenaan susulan kes penyalahgunaan dadah sedang dihadapinya ketika ini.

Allkpop melaporkan seorang peminat turut bertinak berani dengan membaling botol berisi air kopi ketika aktor berkenaan sedang berjalan menuju ke arah keretanya sejurus prosiding selesai.

Botol yang tidak mempunyai penutup itu terkena pada bahagian belakang aktor berusia 36 tahun itu dan menyebabkan sut dipakai Ah In basah.

Mahkamah menolak permohonan polis untuk menahan Yoo Ah In.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Ah In dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan peminat itu namun terpaksa berlalu pergi selepas dikawal ketat pengawal peribadinya.

Tindakan tersebut tidak disenangi ramai kerana menganggap ia sebagai satu kekerasan namun ada juga yang menyokong dengan keberanian pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Ah In mohon maaf, lantik peguam terkemuka Korea Selatan kendali kes dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Polis geledah rumah Yoo Ah In cari bukti penggunaan dadah

Pada 5 Februari lalu Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah.

Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021.

Bagaimanapun, Ah In mengaku mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah untuk tidur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain