suria

Sule belum terbuka hati tamat zaman duda, sibuk urus perkahwinan Rizky Fabian dan Mahalini

Sule belum bersedia bernikah.

PELAWAK Sule belum bersedia untuk menamatkan zaman duda selepas bercerai dengan Nathalie Holscher pada Ogos tahun lalu.

Kompas melaporkan Sule sebaliknya mahu memberi fokus kepada keluarga termasuk persiapan perkahwinan anak lelakinya, penyanyi Rizky Febian dan Mahalini.

"Dua perkahwinan saya gagal sebelum ini dan masih belum bersedia menamatkan zaman duda. Buat masa sekarang, anak-anak dan keluarga menjadi fokus utama saya.

"Biarlah Iky (panggilan buat Rizky) dan Mahalini berkahwin terlebih dahulu dan sekarang pun sibuk menguruskan majlis mereka," katanya.

sule1 - 1

Sule mahu beri fokus pada anak-anak.

Pada 7 Mei lalu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Dalam pada itu, Sule mendoakan kebahagiaan buat anak lelakinya itu dan berharap rumah tangga yang dibina berkekalan dan tidak mengikut jejak langkahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule enggan campur urusan cinta Rizky Febian dan Mahalini, tidak boleh halang walau beza agama

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh foto Sule berbaju pengantin, didakwa sudah berkahwin dengan model cantik

"Kita sama-sama doa dan sokong keputusan mereka. Apa yang buat Iky bahagia, teruskan saja.

“Kalau dia sudah bersedia untuk bernikah, silakan. Jangan sampai jadi seperti ayahnya ini,” ujarnya.

Untuk rekod, sebelum ini Sule pernah mendirikan rumah tangga dengan Lina Jubaedah pada 1997 namun pasangan ini disahkan bercerai pada 2018.

rizky1 - 1

Sule restu hubungan Rizky bersama Mahalini.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rizky Febian dan Putri Delina.

Sule kemudiannya bernikah dengan model dan pengacara, Nathalie pada November 2020, namun bercerai pada Ogos 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Adzam yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain