HUBUNGAN cinta antara penyanyi Taylor Swift dan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy hanya bertahan selama sebulan apabila pasangan berkenaan memilih untuk membawa haluan masing-masing. People melaporkan keputusan itu diambil kerana tiada perasaan cinta wujud antara mereka selain hubungan yang terjalin sebelum ini tidak serius seperti disangka. "Taylor senang bersama dia tetapi hubungan mereka tidak serius, tidak wujud perasaan romantik di antara mereka," kata sumber. Hubungan Taylor dan Matty hanya bertahan selama sebulan. Hubungan Taylor dan Matty mula dihidu peminat pada Mei lalu apabila penyanyi lagu Blank Space itu secara terbuka memberitahu dia kini sedang berada di puncak kebahagiaan ketika mengadakan konsert jelajah di Massachusetts, Amerika Syarikat. Taylor berkata, dia tidak pernah merasa sebahagia ini daripada segala aspek kehidupanya selama ini. Bagaimanapun, peminat Taylor tidak berpuas hati penyanyi kesayangan mereka memilih Matty sebagai teman lelaki kerana penyanyi itu dikatakan bermasalah. ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam penangan Matty Healy, Taylor Swift pertama kali rasa bahagia ARTIKEL BERKAITAN: Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani... peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy Sebelum ini, Matty pernah mendedahkan menonton video lucah yang merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani. Dia juga melakukan aksi tak senonoh dengan menghalakan kemaluannya ke arah jurukamera selain gemar meludah ke arah penonton. Terbaharu, Matty bertindak mencium pengawal lelaki yang bertugas di konsertnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!