PENYANYI Jennie Blackpink mendedahkan dia sebenarnya seorang pemalu meskipun dilihat lincah menari di atas pentas. Malah penyanyi ini juga menganggap dia seorang gadis biasa walaupun meraih populariti luar biasa di seluruh dunia. "Saya di atas pentas memang seorang yang berkarisma dan berkuasa tetapi di sebalik itu saya hanyalah seorang gadis biasa yang pemalu," katanya menerusi temu bual bersama majalah Vogue Jepun. Penyanyi berusia 27 tahun itu turut mendedahkan dia akan membawa bantal, baju tidur dan minyak aromatik setiap kali pergi ke tempat yang baharu kerana tiga benda itu membuatkan dia berasa seperti berada di rumah. "Saya selalu membawa bantal, baju tidur dan minyak aromatik sendiri apabila pergi tempat baharu kerana ai dapat membantu saya berehat dengan baik," kongsinya. Berkongsi rutian harian yang lain, Jennie memberitahu bahawa dia mengamalkan minum air suam sebelum tidur. Katanya dia percaya bahawa badan yang sihat akan membuat minda menjadi lebih baik. "Rutin saya sebelum konsert besar ialah menghidupkan air humidifier dan minum banyak air suam sebelum nak tidur. Saya percaya minda yang sihat datangnya daripada badan yang sihat. "Jika awak dapat rehat yang cukup, makan dengan baik dan bersenam dengan kuat, badan dan minda awak juga akan menjadi baik," katanya lagi. Jennie bawa bantal sendiri setiap kali pergi ke luar negara. Penyanyi berusia 27 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia akan membawa bantal, baju tidur dan minyak aromatik sendiri setiap kali pergi ke tempat yang baharu. "Saya selalu membawa bantal, baju tidur dan minyak aromatik sendiri apabila pergi tempat baharu kerana ai dapat membantu saya berehat dengan baik," kongsinya. Berkongsi rutian harian yang lain, Jennie memberitahu bahawa dia mengamalkan minum air suam sebelum tidur. ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta ARTIKEL BERKAITAN: YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink Katanya dia percaya bahawa badan yang sihat akan membuat minda menjadi lebih baik. "Rutin saya sebelum konsert besar ialah menghidupkan air humidifier dan minum banyak air suam sebelum nak tidur. Saya percaya minda yang sihat datangnya daripada badan yang sihat. "Jika awak dapat rehat yang cukup, makan dengan baik dan bersenam dengan kuat, badan dan minda awak juga akan menjadi baik," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube ?utm_source=Telegram&utm_medium=link&utm_campaign=mStarOnlineTelegram