suria

Menari sambil tayang perut, netizen gelar Dewi Perssik janda gatal

Aksi Dewi Perssik sakan bergelek tidak disenangi netizen.

PENYANYI dangdut Dewi Perssik dituduh sebagai wanita gatal gara-gara berkongsi videonya sedang bergelek tarian terbaharu.

Menerusi perkongsian di Instagram penyanyi berusia 37 tahun itu, memaparkan kelincahannya menari sambil menyayang bahagian perutnya.

Difahamkan ia merupakan tarian yang baharu yang dipelajari daripada gurunya.

277255966_338392394995823_88419050572562383_n

Netizen tak senang tengok gelekkan Dewi.

Bagaimanapun perkongsian tersebut tidak disenangi beberapa orang pengikutnya.

Malah menuduhnya melakukan cubaan untuk mengoda lelaki lain.

"Janda gatal, tak ada suami berharap hidung belang bernafsu dengan kau" kata pengguna Instagram berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada ikatan suami isteri tapi teman lelaki bagi Dewi Perssik wang bulanan

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tayang cincin, terima lamaran juruterbang selepas 6 bulan cerai

Enggan berdiam diri, Dewi membalas komen pengguna Instagram tersebut bagi membela dirinya.

"Gatal? Memang ambil suami kau?" katanya.

Untuk rekod, Dewi dikatakan sudah bercerai sebanyak tiga kali dan kini sedang hangat bercinta dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Rully.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain