suria

Terpukau tengok kediaman mewah, kumpulan NCT mahu jadi anak Raffi Ahmad

NCT teruja melihat rumah mewah milik Raffi Ahmad.

KUMPULAN Kpop NCT meluahkan hasrat mahu menjadi anak kepada Raffi Ahmad dan Nagita Slavina apabila berkunjung ke kediaman pasangan pelakon itu di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Ahli NCT yang terdiri daripada Doyoung, Jungwoo dan Jaehyun itu berasa teruja apabila diberi kesempatan untuk mengunjungi kediaman mewah Raffi dan Nagita.

raffi1 - 1

NCT sempat berkunjung ke rumah mewah milik Raffi.

Memetik laporan Kompas, ketika menaiki lif di kediaman aktor berkenaan, Jungwoo sempat memanggil Raffi sebagai ayah yang disambut dengan gelak tawa oleh pelakon tersebut.

"Saya anak awak, ayah," kata Jungwoo.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun guna, Raffi Ahmad mahu jual jet peribadi RM12 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik

Dalam pada itu, Doyoung juga memberikan reaksi yang sama selepas masuk ke ruangan bilik tidur cahaya mata Raffi iaitu Rafathar.

Kata Doyoung, dia cemburu dengan kemewahan yang dimiliki mereka dan bergurau untuk meminta tinggal bersama.

"Saya cemburu dengan kamu, bolehkah kalau kita tinggal bersama?" ujarnya.

Keakraban keluarga Raffi dengan kumpulan NCT tidak terhenti disitu apabila Doyoung sempat bergurau untuk meminta rumah yang dimiliki pasangan selebriti itu.

"Kalau kalian pindah ke rumah lain, berikan rumah ini kepada kami," katanya.

Untuk info, kumpulan NCT bukan selebriti pertama yang pernah berkunjung ke kediaman Raffi kerana pelakon Indonesia itu sebelum ini turut menerima kunjungan daripada penyanyi Siwon Super Junior dan bekas pemain bola sepak dunia, Ronaldinho.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain