suria

Hasrat bersalin secara normal tidak kesampaian, Jessie J sempat menari sebelum masuk bilik bedah

Peminat kagum melihat Jessie menari sebelum melahirkan anak.

BERKONGSI pengalaman menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 23 Mei lalu, penyanyi Jessie J memberitahu proses bersalin itu bukanlah seperti yang diharapkan.

Jessie terpaksa melalui kaedah pembedahan meskipun sejak awal kehamilan sudah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat bersalin secara normal.

"Sepanjang sembilan bulan saya telah menyiapkan diri untuk bersalin secara normal. Namun apabila melakukan pemeriksaan, bayi dalam kandungan berada dalam posisi songsang.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas alami keguguran, Jessie J umum hamil buat kali kedua

"Saya dinasihatkan doktor supaya melakukan pembedahan kerana ia adalah cara paling selamat," katanya.

Penyanyi ini berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta video dia menari sebelum memasuki dewan bedah.

jessie j 2

Jessie menyambut kelahiran bayi lelaki pertama secara pembedahan.

Aksi Jessie itu mendapat banyak komen yang meluahkan rasa kagum melihat dia masih mampu menari sebegitu.

"Video ini dirakamkan lima minit sebelum saya menjalani pembedahan. Apa yang penting saya selamat bersalin," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain