KECOH di media sosial apabila kelibat anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa dilihat berada di sebuah pasar di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Namun apa lebih menjadi perhatian adalah ramai kagum melihat gelagat Lisa yang bersahaja menemani ibunya membeli-belah di pasar berkenaan walaupun dia seorang bintang terkenal dunia. Tampil dengan seluar jean, kemeja-T berwarna putih dan berselipar, Lisa disifatkan cukup merendah diri apabila pulang ke negara asalnya. Peminat puji Lisa seorang anak yang taat dan penyayang. Tidak hanya itu, Lisa turut membantu ibunya membawa barang-barang yang dibeli sambil memeluk seikat sayur-sayuran yang dibalut dengan surat khabar. Apa lebih penting, kemunculan Lisa itu tidak ditemani sebarang pengawal peribadi dan penyanyi itu kelihatan santai dan gembira dapat meluangkan masa berkualiti bersama ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Takut ibu marah, Lisa Blackpink tak berani kongsi foto pakai bikini ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Blackpink mohon maaf, serang jurugambar gara-gara kapsyen foto Lisa Ramai menganggap Lisa seorang anak yang baik dan ia cara dia meluahkan rasa sayang terhadap ibunya. "Lisa anak yang baik, memang nampak mak dia besarkan dia dengan cara asia. "Lisa sangat merendah diri ya padahal dia bintang terkenal," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!