PENYANYI Virgoun didakwa gagal menepati janji untuk memberikan nafkah sebanyak 40 juta Rupiah atau RM12,000 sebulan untuk isteri dan tiga anaknya. Inara Rusli berkata, Virgoun sepatutnya membayar wang berkenaan sebagai salah satu syarat sekiranya dia tertangkap kembali bersikap curang. "Jika diikutkan perjanjian dia perlu memberi nafkah 40 juta Rupiah sebulan tapi sampai ke hari ini, janji itu tidak dilunaskan," katanya seperti dilaporkan Kompas. Inara bekerja demi menyara anak-anak. Dalam pada itu, Inara mendakwa wang diberikan penyanyi itu tidak cukup bagi menampung keperluan harian anak-anak selain pendidikan mereka. Jelas Inara, perbelanjaan sekolah sahaja mencecah 7 juta Rupiah (RM2,000) sebulan dan ia tidak termasuk keperluan lain. Disebabkan itu, dia terpaksa bekerja bagi memastikan keperluan dia bersama anak-anak mencukupi. ARTIKEL BERKAITAN: Pakai purdah tapi bersolek macam Blackpink, isteri dedah Virgoun pernah tegur soal penampilan ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Virgoun buka purdah, alasan mahu bekerja persediaan sebelum jadi janda Pada 27 April lalu, Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis. Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks. Pada 5 Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai di Pejabat Agama Jakarta Barat dengan alasan terhina teruk dimalukan oleh Inara di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!