PELAKON Nikita Mirzani sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berani berkongsi gambar yang menampakkan bentuk payudara dan bahagian kelengkang seluarnya yang dilihat basah. Dalam foto yang dimuat naik itu Nikita dilihat hanya memakai singlet putih serta seluar berwarna ungu dalam keadaan duduk di tengah jalan. Menerusi ruangan kapsyen, dia berkongsi kata-kata yang mengingatkan peminat supaya menikmati pengalaman hidup dan tidak membazirkan wang bagi tujuan kebendaan dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Berzina tapi solat Subuh tak tinggal - Nikita Mirzani "Jangan bazirkan wang untuk kebendaan. Gunakan untuk merasai pengalaman," tulis. Sementara itu, menerusi satu perkongsian foto berbeza dia juga dilihat duduk dalam keadaan menampakkan bahagian celah kelangkangnya. Foto percutian Nikita mendapat kecaman ramai. Foto-foto tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat termasuk pemikiran tidak senonoh. Malah ada juga yang kurang setuju apabila Nikita bergambar sebegitu kerana dianggap menjatuhkan maruah seorang wanita. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!