MODEL Kendall Jenner kembali meraih perhatian ramai semasa sedang seronok bercuti di Perancis dengan menggunakan kapal layar mewahnya. Mana tidaknya, Kendall mengenakan gaun hitam pendek agak terdedah yang diserikan bersama selendang merah. Bukan itu sahaja, gaun tersebut juga terdedah di bahagian payudara yang hanya ditutupi dengan bunga merah. Kendall sakan bergaya di atas kapal mewah. Ini bukan kali pertama penampilan Kendall yang menjolok mata menjadi perhatian ramai. Kendall berkongsi gambar-gambar tersebut menerusi Instastory miliknya yang memaparkan dirinya berseronok memperagakan pakaian tersebut. Bagaimanapun ia menjadi tular di media sosial apabila ada yang mengecam namun ada juga yang kagum melihat penampilannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kendall Jenner main cinta dengan Bad Bunny, bercium dalam kelab malam ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto seksi di Instagram, peminat kesal Kendall Jenner tak prihatian nasib mangsa gempa bumi Malah ada juga yang membandingkan penampilan Kendall dengan model yang memperagakan pakaian mewah tersebut. "Cantiknya, dia pakai apa pun lawa. Pemandangan yang cantik sesuai dengan penampilan dirinya. "Dia ini mesti dah malas pakai baju, baju itu sesuai untuk diperaga sahaja bukan untuk bergaya di luar" antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!