suria

Kongsi foto bersama, anak Nikita Mirzani dituduh ada hubungan dengan bekas bapa tiri

Hubungan rapat Antonio dan Lolly (kiri) jadi bualan ramai.

ANAK sulung pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bekas bapa tirinya iaitu Antonio Dedola gara-gara berkongsi foto bersama lelaki berkenaan.

Berang dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya, Laura atau Lolly yang baharu berusia 16 tahun menjelaskan dia menganggap Antonio seperti bapanya sendiri meskipun ikatan perkahwinan dengan ibunya berakhir dengan penceraian.

"Yang mencipta kisah kotor tentang saya dan Antonio mempunyai hubungan istimewa itu tidak masuk akal, benar-benar gila.

lolly miezani 1

Lolly anggap Antonio seperti bapa sendiri.

"Antonio tidak pernah berubah. Dia tetap sama seperti orang yang saya kenal dari dulu sehingga sekarang," katanya.

Lolly menulis perkara tersebut di Instastory miliknya dengan beberapa tangkap layar komen balas netizen terhadap dirinya.

Menurut Lolly, sejak kecil dia tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang bapa dan Antonio adalah lelaki yang mampu membuatkan dia menikmati perasaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani cerai kali keempat, bekas suami bawa lari barang kemas dan beg Gucci kesayangan

"Antonio bagaikan seorang bapa kepada saya. Dia adalah seorang yang sangat memahami seperti apa yang saya mahukan.

“Saya tidak pernah memiliki bapa sejak kecil dan Antonio menganggap saya sebagai anak sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod Nikita dan Antonio bernikah pada Januari lalu namun hubungan mereka hanya bertahan selama tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain