suria

Suami ada skandal dengan aktivis muda, rumah tangga Natalie Portman goyah

Hubungan Natalie dan suami bermasalah gara-gara orang ketiga.

RUMAH tangga Natalie Portman dan Benjamin Millepied dikatakan sedang goyah apabila aktres tersebut mendapat tahu suaminya berlaku curang.

Memetik laporan Page Six, sumber memberitahu pasangan tersebut bagaimanapun berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan demi dua orang anak mereka.

Malah Benjamin, 48, juga cuba untuk memujuk Natalie, 42, selepas skandalnya bersama seorang aktivis usia 25 tahun mula menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video bersenam, netizen tak lepas pandang ‘tukul’ Chris Hemsworth - “Inilah senjata sebenar Thor”

“Mereka belum berpisah dan cuba untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.

“Benjamin mencuba sedaya upaya untuk memohon maaf kepada Natalie. Dia sangat sayangkan isteri dan keluarganya,” jelas sumber tersebut.

Menghangatkan lagi khabar angin kemelut itu, Natalie dilihat berjalan seorang diri ketika hadir mempromosikan filem terbaharunya sempena Festival Filem Cannes baru-baru ini.

natalie portman 2

Natalie masih mengunci mulut soal rumah tangga.

Dia juga tidak banyak bercakap tentang masalah yang berlaku kerana bimbang ia memberi kesan kepada anak-anaknya.

“Natalie sangat berahsia. Fokusnya kini adalah untuk melindungi anak-anak,” ujar satu sumber lain.

Natalie dan Benjamin bertemu di set penggambaran filem Black Swan pada tahun 2009 di mana suaminya itu bertindak sebagai kareografer dan mereka berkahwin pada 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain