suria

Keluarga restu hubungan Kylie Jenner dan Timothee Chalamet

Hubungan Kylie dan Timothee mendapat restu keluarga.

HUBUNGAN selebriti media sosial, Kylie Jenner dan pelakon Timothee Chalamet dilaporkan sudah mendapat restu daripada keluarga Kardashian.

Mirror UK melaporkan, keluarga Kylie merestui hubungan mereka kerana merasakan Timothee adalah lelaki tepat selepas bertemu sendiri dengannya.

"Beberapa ahli keluarga Kylie pernah bertemu dengan Timothee termasuk Kris dan Kendall.

kylie1 - 1

Kylie dan Timothee dikatakan sedang hangat bercinta.

"Mereka sangat menyukainya dan menganggap Timothee berbeza daripada lelaki yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kylie.

"Timothee mempunyai sikap humor yang tinggi dan pandai membuat Kylie tersenyum. Itu paling penting buat mereka," kata sumber terdekat keluarga terkenal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Patah hati dengan Travis Scott, Kylie Jenner dikatakan hangat bercinta dengan Timothee Chalamet

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner menyesal buat suntikan pada bibir, harap anak tak ulang perkara sama

Dalam pada itu, menurut laporan Daily Mail pula, pasangan selebriti itu dikatakan bagai tidak boleh berpisah dan menghabiskan masa lebih daripada enam hari seminggu bersama.

Bagaimanapun, sumber lain pasangan berkenaan pula mendakwa Kylie dan Timothee belum memasuki fasa serius kerana fokus utama usahawan itu adalah terhadap dua anaknya.

Kylie mempunyai dua cahaya mata bersama penyanyi rap Travis Scott iaitu Stormi, 5 dan seorang anak lelaki yang masih lagi dirahsiakan namanya dan hanya menggelarnya sebagai Wolf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain