PELAKON Baim Wong dilaporkan terpaksa membatalkan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak. Detikhot melaporkan Baim dikatakan sudah menaiki pesawat untuk ke Tanah Suci Makkah namun terpaksa turun daripada kapal terbang selepas timbul beberapa masalah. "Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Makkah. Saya sudah naik kapal terbang," katanya. Baim kecewa tak dapat tunaikan haji tahun ini. Jelas Baim, isu dia terpaksa membatalkan ke Tanah Suci bukan disebabkan masalah daripada pihak agensi haji dan umrah sebaliknya menanggap bukan rezeki ke sana. ARTIKEL BERKAITAN: Scammer rancak tipu orang ramai, Baim Wong lapor polis sindiket guna namanya ARTIKEL BERKAITAN: Paula Verhoeven diserang migrain 2 hari berturut-turut, tertekan fikir isu laporan palsu Baim Wong Baim sebaliknya akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media. Sebelum ini, media melaporkan Baim dilaporkan berangkat ke Makkah pada 7 Jun malah sudah mengadakan majlis kesyukuran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!