GARA-GARA berkongsi video latihan menari, penyanyi Yura Yunita mendapat kecaman banyak pihak yang mempersoalkan mengenai ketiaknya yang kelihatan sedikit gelap. Mengakui dirinya tidak sempurna, Yura, 31, meluahkan rasa kesal apabila masih ada pihak yang masih bercakap tentang ketidaksempurnaan orang lain. "Iya, ketiak saya tidak licin. Banyak lagi bahagian lain pada tubuh saya yang ada kekurangannya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu "Saya memang tidak sempurna, tetapi saya berusaha menjadi lebih baik untuk diri sendiri," katanya. Menjawab kembali kecaman netizen itu, Yura berkongsi satu video yang turut menunjukkan kekurangan lain pada dirinya termasuk perut berlapis dan jerawat pada wajah. Yura tak malu berkongsi kekurangan diri. Tambah penyanyi lagu Tutur Batin ini, setiap manusia sepatutnya lebih menghargai diri sendiri dan tidak menganggap kekurangan ini sebagai sesuatu yang boleh merendahkan keyakinan. "Bagi saya tidak sempurna itu membawa banyak hal yang baik. Walau tidak licin, tetapi ketiak yang saya miliki ini memberi peranan penting dalam hidup saya. "Apa yang penting bukanlah kesempurnaan, tetapi sejauh mana kita kenal diri sendiri," ujar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!