suria

Rakan ‘pecah lubang’ Lee Junho dan Yoona bercinta, pihak pengurusan mahu siasat

Yoona dan Junho dikatakan telah lama menjalinkan hubungan cinta.

PELAKON Lee Junho dikhabarkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anggota kumpulan Girls Generation iaitu Yoona.

Memetik laporan Koreaboo khabar angin itu mula tersebar apabila orang terdekat mereka sendiri berkongsi berita itu kepada umum.

Malah pasangan berkenaan dikatakan sudah menjalinkan hubungan sebelum berlakon bersama menerusi drama King The Land yang sedang disiarkan di televisyen ketika ini.

Yoona 1

Rakan terdekat dedah hubunagn Junho dan Yoona.

Bukan itu sahaja, hubungan mereka juga didakwa telah terjalin sebelum drama itu lagi.

"Orang dalam industri yang mendedahkan bukti Junho dan Yoona sedang bercinta. Mereka bercinta sebelum jalani penggambaran King The Land.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah tak natural, Yoona Girls Generation didakwa buat pembedahan plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Yoona Girl's Generation bimbang akaun IG cuba digodam buat kali kedua

"Kedua-dua mereka memilih darma berkenaan atas sebab itu," katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan mereka mengakui terkejut dengan khabar tersebut sekali gus akan menyiasat tentang perkara itu.

"Ini kali pertama kami mendengar khabar angin mereka dan kami sedang menelitinya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain