suria

Perasaan insecure punca Madonna jatuh sakit, tetap mahu bersaing dengan penyanyi lebih muda

Madonna kini sedang berehat di rumah.

PERASAAN ingin bersaing dengan bintang lebih muda dipercayai antara punca penyanyi terkenal Madonna jatuh sakit sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini.

Mirror UK melaporkan rakan-rakan terdekatnya mendedahkan jadual Madonna menjelang konsert jelajahnya sangat padat selain penyanyi berusia 64 tahun itu obses terhadap rutin senaman.

Mereka juga sering menasihatinya agar tidak terlalu obses untuk bersaing dengan penyanyi muda kerana sudah tiada apa yang perlu dibuktikan pada tahap ini.

madonna1 - 1

Ramai yang bimbang dengan tahap kesihatan Madonna.

"Ramai di antara kami merasakan usia membuatkan Madonna berasa tertekan dan semangat untuk bersaing sangat menebal dalam dirinya.

"Kami sangat risau tentang kesihatannya dan bimbang jika sesuatu buruk berlaku kepadanya seperti sebelum ini," kata sumber terdekat penyanyi lagu Vogue itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna masuk ICU terkena jangkitan, konsert jelajah 40 tahun jadi penyanyi batal

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna taksub dengan seks pada usia 64 tahun, tak berminat kahwin lagi

Pada 24 Jun lalu, Madonna mengalami jangkitan bakteria serius sehingga dia terpaksa dimasukkan ke ICU susulan keadaannya yang teruk dan perlukan pemerhatian pakar.

Madonna yang sudah dibenarkan pulang dilaporkan mahu meneruskan konsert jelajahnya meskipun sebelum ini ia sudah pun ditangguhkan penganjur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain