suria

Lee Jung Jae terima bayaran RM4.6 juta satu episod Squid Game 2, kini aktor termahal Korea Selatan

Lee Jung Jae teraju utama dalam siri Squid Game.

PELAKON Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta atau sekitar RM4.6 juta untuk setiap episod drama Squid Games musim kedua yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Allkpop melaporkan pihak penerbit drama bersiri popular itu Netflix bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae aktor dari Korea Selatan dengan bayaran tertinggi.

Pelakon itu bakal menerima bayaran berjumlah AS$13 juta (RM60 juta) untuk 13 episod Squid Game 2.

sq1 - 1

Siri Squid Game berjaya menambat hati ramai penonton.

Menerusi musim pertamanya, Jung Jae membawa kejayaan besar apabila siri itu popular di seluruh dunia dengan keuntungan lebih daripada AS$900 juta atau RM4.1 bilion.

Ia menjadikan Squid Game siri paling banyak ditonton di platform penstriman Netflix hanya selepas 28 hari ditayangkan pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P Big Bang antara pelakon Squid Game 2, peminat mahu boikot

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game, O Yeong-su raih trofi Golden Globe Award 2022

Sebelum ini, Jung Jae dilaporkan dibayar sebanyak AS$248,000 (RM1.1 juta) bagi setiap episod untuk musim pertama, yang membawa pendapatan sebanyak AS$2.2 juta (RM10 juta) dan menjadikannya pelakon lelaki kedua termahal selepas Kim Soo Hyun.

Sebelum ini, Soo Hyun perna menerima bayaran AS$423,000 (RM1.9 juta) bagi setiap episod drama lakonannya berjudul One Ordinary Day pada 2021.

Jung Jae akan memainkan semula wataknya sebagai Seong Gi Hun dalam Squid Game 2 bersama barisan pelakon termasuk Im Si Wan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun, Park Gyu Young, Jo Yu Ri dan bekas ahli kumpulan Big Bang iaitu T.O.P.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain