suria

Inara Rusli benar Virgoun jumpa anak tapi bersyarat, tiada niat berbaik semula 

Inara tidak menghalang Virgoun bertemu anak-anak.

ISTERI Virgoun iaitu Inara Rusli memberitahu dia sudah membenarkan tiga orang anaknya bertemu penyanyi itu meskipun kes perceraian mereka belum selesai.

Inara bagaimanapun meletakkan beberapa syarat pada sesi pertemuan itu termasuk anak-anaknya sentiasa di bawah pengawasan selain tidak boleh bermalam ditempat lain.

"Saya tiada masalah Virgoun berjuma anak-anak malah mereka juga ada bertemu baru-baru ini dan meluangkan masa bersama di rumah.

"Cuma saya letakkan syarat iaitu tidak boleh bawa anak keluar bermalam ditempat lain. Kalau tetap mahu bawa mereka keluar, saya akan ikut," katanya.

inara rusli 1

Inara bertegas tidak akan berbaik semula dengan Virgoun.

Sebelum ini mahkamah syariah di Jakarta memberikan hak penjagaan kepada Inara selain memerintahkan Virgoun tidak mendekati anak-anak dan isterinya itu.

Dalam pada itu, Inara menegaskan syarat yang diletakkan itu bukan bermaksud dia mahu kembali ke pangkuan suaminya itu sebaliknya hanya mahu memastikan keselamatan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kejar cinta bekas isteri Virgoun, Inara belum sedia cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Pink terhenti seketika, peminat lempar bungkusan abu mayat ibu ke atas pentas

“Saya ikut sama bukan bermaksud kami tinggal sebumbung. Kami boleh tinggal di tempat yang berbeza cuma saya mahu sentiasa mengawasi anak-anak,” jelasnya.

Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara pada awal Mei lalu selepas isterinya membuat pendedahan tentang kecurangan penyanyi berkenaan secara terbuka.

Penyanyi itu mahu menceraikan isterinya kerana mengakui semua kesalahan telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain