suria

Madonna masuk ICU terkena jangkitan, konsert jelajah 40 tahun jadi penyanyi batal

Madonna kini dirawat di ICU.

PENYANYI Madonna dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman.

Berkongsi khabar tersebut, pengurus artis bernama Gus Oseary memaklumkan penyanyi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan masalah yang dihadapi.

madonna - 1

Madonna mengalami jangkitan kuman yang serius.

"Pada 24 Jun, Madonna mengalami masalah jagkitan bakteria yang sangat serius sehingga dia terpaksa menerima rawatan di ICU untuk beberapa hari.

"Kesihatannya kini semakin baik namum masih perlu mengambil ubat," katanya seperti dilaporkan People.

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna taksub dengan seks pada usia 64 tahun, tak berminat kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna pilih untuk buat sendiri filem biopik tentang kisah hidupnya

Dalam masa sama, Madonna, 65, dikatakan terpaksa membatalkan komitmen kerja termasuk jadual konsert jelajah.

Berita yang dikongsi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat kerana Madonna kini sedang dalam rangka jelajah sempena 40 penglibatan sebagai penyanyi.

"Buat masa sekarang kami terpaksa menangguhkan semua komitmen termasuk konsert jelajah.

"Dia kini sudah keluar ICU dan dalam sedang dalam proses pemulihan," ujar sumber berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain