suria

Dewi Perssik dihalang laksana ibadah korban, kena bayar RM31,000 kalau mahu agih daging

Niat mulia Depe dihalang oleh ketua lomuniti kejiranan.

NIAT penyanyi Dewi Perssik untuk melakukan ibadah korban di sekitar kediamannya terbantut apabila mendapat tentangan daripada ketua komuniti penduduk kawasan tersebut.

Dewi, 37, berkata, individu berkenaan memaklumkan penduduk di kawasan kejiranan mereka tidak memerlukan daging korban yang mahu diagihkan nanti.

"Saya minta bantuan ustaz di kawasan rumah untuk laksanakan ibadah korban tapi dimarah oleh ketua komuniti sebab katanya penduduk di sini tak perlukan daging korban.

dewi perssik 2

Depe mengesyaki ada unsur tidak puas hati terhadap dirinya.

"Saya sudah beli seekor lembu dan meminta bantuan ustaz berkenaan untuk urusan agihan. Proses penyembelihan dibuat ditempat lain kerana saya tidak mahu susahkan jemaah masjid di sini," katanya.

Dewi atau lebih mesra dengan sapaan Depe berkongsi perkara itu dalam sesi siaran langsung yang dibuat di laman Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Menari sambil tayang perut, netizen gelar Dewi Perssik janda gatal

Tambah Depe, dia juga berasa hairan kerana tiba-tiba mendapat tentangan sedangkan sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran sekeliling.

Dalam masa sama, Depe memberitahu ketua komuniti tersebut turut meminta wang berjumlah Rp100 juta (kira-kira RM31,000) jika tetap mahu meneruskan hajat tersebut.

"Dia juga memarahi pembantu rumah dan pemandu saya tentang hal ini. Dia minta wang jika mahu meneruskan ibadah korban di kawasan ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain