PELAKON Randy Pangalila yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua memberitahu dia tidak merancang untuk menambah anak lagi. Kara Randy, 33, sejak awal berkahwin dengan isterinya iaitu Chelsey Frank, mereka sudah sepakat tidak mahu memiliki ramai anak dan cuma menginginkan sepasang cahaya mata. "Anak pertama perempuan dan sekarang lelaki. Jadi sudah tidak mahu tambah anak lagi... sudah cukup. ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah istimewa sempena Krismas... Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua "Memang dari awal kami sudah merasakan cukup memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ternyata doaku menjadi nyata apabila memiliki kedua-duanya sekarang," katanya seperti yang dipetik dari Kompas. Anak kedua yang dilahirkan pada 21 Jun lalu diberi nama Asher Griffin Pengalila. Tambah pelakon ini lagi, dia dan isteri sudah mula memikirkan nama anaknya itu sejak awal kehamilan selepas mengetahui bakal menimang zuriat lelaki. Randy bersama isteri dan anak pertama mereka. Dalam masa sama, Randy memberitahu isterinya terpaksa menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor disebabkan kedudukan bayi dalam kandungan ketika itu tidak sesuai untuk melalui proses kelahiran normal. "Pada awalnya isteri mahu mencuba bersalin secara normal, namun doktor sarankan lebih baik jalani pembedahan disebabkan kedudukan bayi ketika itu. Ia demi kebaikan ibu dan anak. "Proses bersalin kali ini berjalan lancar sebab kami sudah ada pengalaman menyambut kelahiran anak pertama sebelum ini. "Nama juga sudah difikirkan sejak awal kerana kami tahu akan menyambut anak lelaki," ujarnya. Untuk rekod, Randy dan Chelsey mendirikan rumah tangga pada Januari 2019 dan anak pertama mereka bernama Blair Willow Pangalila lahir pada Mac 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!