suria

Kecoh Luna Maya bakal bertunang, gelar Maxime Bouttier lelaki idaman setiap wanita

Luna selesa berada di sisi Maxime Bouttier.

PELAKON Luna Maya dilaporkan bakal mengikat tali pertunangan bersama teman lelakinya iaitu aktor Maxime Bouttier.

Khabar angin tersebut sedang hangat diperkatakan dalam kalangan peminat dua selebriti itu di Indonesia namun Luna, 40, menyangkal perkara itu.

"Belum lagi, kalau bertunang pasti saya akan maklumkan pada semua orang," katanya seperti dilaporkan Detikhot.

Luna 2

Luna Maya akan umum khabar gembira tak lama lagi.

Berkongsi mengenai sikap aktor kacukan Perancis dan Indonesia itu, Luna berkata, dia selesa berada disamping Maxime kerana sikapnya yang baik.

Meskipun jarak usia mereka 10 tahun namun Luna menganggap Maxime adalah lelaki idamannya.

"Maxime memang seorang yang cool, dia baik dan saya sangat sennag berada di sisinya. Kami kan dah kenal lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan dengan jejaka muda, Luna Maya jawab perancangan kahwin Maxime Bouttier

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap macam emak dan anak, peminat tak restu hubungan Luna Maya dan Maxime Bouttier

"Saya rasa dia bukan sahaja lelaki idaman saya tetapi idaman semua wanita," ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin percintaan terbaharu Luna mula dihidu peminat selepas dia bersama meraikan ulang tahun kelahiran Maxime pada April lalu.

Meskipun ramai yang suka melihat mereka bersama namun ada juga yang berpendapat Maxime bukan lelaki sesuai untuk Luna disebabkan jarak usia di antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain