suria

Troye Sivan terima ugutan bunuh selepas muat naik video mengaku minat Hyunjin

Troye terima ugutan bunuh selepas lakukan pendedahan berani.

PENDEDAHAN penyanyi Troye Sivan menyatakan minat terhadap bintang K-Pop, Hyunjin daripada kumpulan Stray Kids mengundang padah apabila dia menerima ugutan peminat.

Memetik laporan NME.com, Troye pada awalnya berkongsi sebuah video menggabungkan foto Hyunjin di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam perkongsiannya itu, Troye meluahkan hasrat untuk bertemu dan berkenalan dengan bintang K-Pop itu.

"Ada sesiapa tahu macam mana nak bertemu dengan lelaki ini?" katanya.

Troye 2

Troye terima ugutan selepas ingin berkenalan dengan Hunjin.

Video dimuat naik Troye itu menerima lebih 9.1 juta tontonan di aplikasi berkenaan.

Selepas membuat pendedahan tersebut, Troye memberitahu dia menerima ugutan bunuh daripada peminat Hyunjin.

Disebabkan takut dengan ugutan tersebut, penyanyi berasal Australia itu akhirnya menarik semula kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift nyanyi lagu ‘Dear John’ selepas 11 tahun, minta peminat jangan serang John Mayer

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini pernah jadi mangsa pukul, bertahan bekas kekasih curang 4 kali

"Selepas saya beritau orang ramai yang saya meminati seorang bintang K-Pop... saya hampir dibunuh," kongsinya.

Sehubungan itu, peminat Hyunjin tampil memohon maaf atas keterlanjuran dan ugutan yang dibuat oleh segelintir peminat itu.

Troye dan Hyunjin sebelum ini dikatakan pernah bertemu di sebuah acara di Perancis pada bulan Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain