suria

Mahalini pernah jadi mangsa pukul, bertahan bekas kekasih curang 4 kali

Mahalini kongsi pengalaman lama dikasari bekas kekasih.

PENYANYI Mahalini mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan bekas kekasihnya sebelum dia menjalinkan hubungan dengan Rizky Febian.

Mahalini, 23, berkata, selain melakukan serangan fizikal terhadapnya, bekas teman lelakinya itu juga pernah berlaku curang dengannya sebanyak empat kali.

Bagaimanapun kata penyanyi lagu Sial ini, sepanjang tempoh itu dia memilih memaafkan lelaki berkenaan sehingga akhirnya dia sudah tidak tahan dan meninggalkannya.

mahalini 2

Mahalini kini bahagia menjadi tunang Rizky.

"Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang berlaku curang terhadap saya sebanyak empat kali sepanjang kami berhubungan.

"Saya juga pernah dikasarinya termasuk ditendang," dedahnya ketika muncul dalam sebuah program podcast baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertunang dengan Mahalini, Rizky Febian mahu berkahwin atas niat ibadah

Tidak hanya dipukul, Mahalini mendakwa bekas teman lelakinya itu turut menghina berat badannya yang sebelum ini agak berisi ketika menyertai pertandingan Indonesia Idol musim kesepuluh.

Meskipun hubungan mereka sudah berakhir namun kata Mahalini lelaki itu terus menganggunya semata-mata untuk memaki hamunnya dengan pelbagai kata kesat.

Pengalaman pahit itu katanya memberi kesan kepada keyakinan dirinya sehingga bertukar menjadi seorang pendiam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain