suria

Virgoun ‘buat’ hidung, netizen pula minta sental daki dekat leher

Hidung Virgoun terlihat lebih mancung berbanding sebelum lakukan rawatan.

NAMA penyanyi Virgoun sekali lagi menjadi bualan ramai meskipun kemelut rumah tangga bersama bekas isterinya iaitu Inara Rusli masih belum reda.

Terbaharu, penyanyi berkenaan kembali mendapat perhatian ramai selepas menjalani rawatan memancungkan hidung di sebuah klinik kecantikan.

Video itu dikongsikan sendiri oleh klinik kecantikan tersebut yang turut memaparkan proses semasa penyanyi berkenaan membuat hidungnya.

Virgoun 1

Virgoun dikecam kerana mancungkan hidung.

Walau bagaiamanapun, ia mendapat respon negatif daripada netizen yang rata-rata meminta penyanyi berkenaan membersihkan tubuh badannya dahulu.

Malah ada juga yang berpendapat Virgoun tidak perlu mengubah apa-apa kerana wajahnya akan tetap sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kahwin pun tak minta izin!” - Ibu Virgoun ‘naik angin’ lagi, geram Inara tak hargai pengorbanan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun merungut wang bulanan dari bekas menantu tak cukup, dakwa Inara suka melancong

"Bersihkan daki (kotoran badan) pada leher dulu sebelum nak buat hidung.

"Ubahlah apa pun, rupa dia takkan berubah. Tengoklah muka anak pertama dia.

"Mak sibuk kata tak cukup duit anak sakan buat rawatan muka yang takkan berubah," antara komen netizen.

Virgoun 3

Kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara masih belum selesai.

Pada 27 April lalu, Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

Menurut Inara, Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Pada 5 Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai di Pejabat Agama Jakarta Barat dengan alasan terhina teruk dimalukan oleh Inara di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain